Ahad, 28 Jun 2009

Sekapur Sireh

Assalamualaikum Wrbkth.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dengan penghasilan blog resmi sekolah. Semoga dengan adanya blog sekolah ini akan mempercepatkan lagi penyaluran informasi sejajar dengan perkembangan ICT. Saya berharap dengan adanya blog ini akan dapat mengeratkan lagi siratul rahim antara warga SK. Ulu Bernam.


Semoga blog sekolah ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam menyelusuri arus pendidikan perdana di negara ini.


Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.


Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.


Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan blog ini.


Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.


Wassalam.



Zainal bin Bahari

Guru Besar,


SK. Ulu Bernam.

INFO TERKINI