Khamis, 12 Januari 2012

Asalamualaikum wr.wb.
Salam Sejahtera;


Selamat Tahun Baru 2012 dan bermulanya sesi persekolahan yang baru. Pelbagai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan bagi mencapai visi sekolah yang telah ditetapkan. Semoga kita semua mempunyai azam dan iltizam yang sama untuk mencapai wawasan yang diharapkan.
Cabaran kita semakin lama semakin tinggi dalam usaha merancang, melaksana, dan memastikan hasrat kita tercapai. Usaha yang kita lakukan untuk mencapai visi sekolah haruslah dilakukan secara penuh iltizam dan istiqamah. Tindakan dan pemikiran kita difokuskan untuk mencapai perkara-perkara berikut:

Kecemerlangan Pengurusan dan Kepimpinan
Kecemerlangan Akademik
Kecemerlangan Sahsiah
Kecemerlangan Kokurikulum
Kecemerlangan Komunikasi
Kecemerlangan Budaya dan Iklim Sekolah

Justeru, marilah kita mengatur langkah dan bergerak seiring bagi melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Semoga semua tindakan kita dapat memenuhi intipati yang dinyatakan dalam Perancangan Strategik Perak Gemilang dan Pelan Induk Pembangunan Pendidkan 2011 – 2015.
Semoga segala komitmen dan integriti kita diberkati dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

Ada wawasan, tiada tindakan ~ mimpi
Ada tindakan, tiada wawasan ~ buang masa
Ada wawasan, ada tindakan ~ mampu mengubah dunia

“SKUB CEMERLANG PERAK GEMILANG”

ZAMZURI BIN HJ.ISA
GURU BESAR.

Khamis, 5 Januari 2012

INFO TERKINI