1. Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
* Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
* Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain- lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.
2. Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
i. Kanak- kanak berusia kurang 5 tahun
ii. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
iii. Kanak- kanak dan remaja (18 tahun ke bawah) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
iv. Wanita mengandung
v. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
vi. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah (immunosuppressi on)
vii. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.